Wednesday, 15 May 2013

SIAPAKAH DIRIKU...


Tun Seri Lanang ialah Bendahara Paduka Raja, Johor antara tahun 1580 dan 1615, serta penyunting Sejarah Melayu (buku, 1612) yang merupakan moyang kepada Sultan Johor dan Sultan Terengganu.
Salasilah kesultanan Terengganu yang terdapat dalam Sejarah Terengganu (buku) karya Haji Buyong Adil terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1974 ada menyatakan bahawa Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Seri Maharaja, Johor - Marhum Padang Saujana - Bendahara Johor 1688-1697) yang menjadi Bendahara Johor dari 1688 hingga 1697 adalah bapa kepada Sultan Zainal Abidin I (Sultan Terengganu Pertama) dan kepada Sultan Abdul Jalil IV (Sultan Johor ke-11 dari 1699 hingga1719). Selanjutnya dipaparkan bahawa Tun Habib Abdul Majid adalah anak kepada Tun Mat Ali (Bendahara Paduka Maharaja, Johor), iaitu anak kepada Tun Seri Lanang (Bendahara Paduka Raja, Johor 1580-1615).
Dalam pengetahuan orang-orang Melayu, nama Tun Seri Lanang lebih dikenali sebagai salah seorang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu yang setaraf dengan Munshi Abdullah

Kabinet 2013


Alhamdulillah ..nama yg ditunggu tunggu telah tiba dan sudah terserlah siapakah yg menjadi mneteri, timbalan menteri dan tidak menjadi apa apa kecuali back bencher sahaja. Tetapi dalam banyak banyak perlantikan....yg paling sensasi adalah perlantikan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri untuk Kementerian Belia dan Sukan. WOW!!!!!...sungguh mengkagumkan. Benarnya rami yg ternanti nanti bilakah saudara KJ ini nak dilantik menjadi Menteri. Namun berkat kesabarannya...dan berkat doa dari bapa mertua yg alimnya...maka beliau telah dianugerahkan oleh Allah jawatan Belia dan Sukan yg sangat dekat dengan jiwa beliau. Kini..anak anak muda sudah mempunyai IKON hebat..KJ bukan saha menjadi seorang pendebat yang hebat...melawan Ambiga dan Rafizi dari pihak pembangkang ..yg terkulat kulat bila dibelasah oleh KJ... tetapi seorang anak muda yg mempunyai pemikiran analitikal yg hebat, very articulate, dan mempunyai masa depan yang hebat. Insyallah..beliau akan pergi jauh untuk negara Malaysia dan semuga saudara KJ dapat meningkatkan lagi mutu sukan di negara ini dan mengembalikan pemikiran Belia kepada kerajaan. Selamat maju jaya KJ.